Khamis, 25 Disember 2014

BIARLAH RINDU INI BERGUGURAN-AZIRA AHMAD


BIARLAH RINDU INI BERGUGURAN-AZIRA AHMAD
RM18 NOT INC POS
Zaqrul Hakimi tidak pernah mengimpikan kehadiran wanita dalam hidupnya. Dia begitu membenci kaum itu lantaran kaum itulah yang telah memisahkannya daripada abang kandungnya. Kehadiran Nur Addriana makin memarakkan bencinya terhadap wanita…

Selasa, 9 Disember 2014

KASIH VILA CINTA-HAIZA NAJWA



KASIH VILA CINTA-HAIZA NAJWA
RM35 NOT INC POS/RARE COLLECTION
TERATAK KILAU… segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhanan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Jati, Kelam, Fauzan (yang ‘ayu), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.

Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu….

Sabtu, 29 November 2014

DONIA-LAMIA AIMAL



DONIA-LAMIA AIMAL
RM80 FREE POS SM/SS. RARE COLLECTION
Nurlisa anak kepada Rahmat, pembantu peribadi kepada Dato Johan, seorang jutawan terkenal. Semasa Dato Johan menghembuskan nafas terakhirnya, beliau telah meninggalkan wasiat buat anak tunggalnya, Haris. Wasiat yang mengkehendakkan Nurlisa & Haris disatukan walaupun dalam masa yang sama kedua-duanya telah mempunyai pasangan sendiri. Haris & Nurlisa patuh pada wasiat Dato Johan namun Haris telah mengenakan 5 syarat yang harus Nurlisa patuhi. Kemewahan tidak menjaminkan kebahagian dalam sesebuah rumahtangga, itulah yang dirasai oleh Nurlisa yang dilimpahi kemewahan. Berbagai-bagai konflik berlaku dalam perniagaan yang diterajui oleh Haris, musuh-musuh yang sentiasa cuba memusnahkan empayar perniagaan Haris. Siapakah Vincent, Kamal, Sheryna, Yusri & Hisyam dalam hidup Nurlisa dan Haris? "Adakah wanita-wanita yang hidup mewah dan bergelar DONIA akan mengalami nasib yang sama sepertiku? Sentiasa kesunyian? Sentiasa diserang kegelisahan?"

Rabu, 5 November 2014

JEJAK-JEJAK SONGSANG-ABDUL RAHIM AWANG



JEJAK-JEJAK SONGSANG-ABDUL RAHIM AWANG
RM40 NOT INC POS
Mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, tetapi menghadapi masalah yang serupa - ketandusan Kasih Sayang: Ketandusan yang membentuk hidup mereka. Bagi Farid, hidup perlu patuh pada peraturan dan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh kuasa dan nama. Bagi Hisyam, kepuasan dan kebahagiaan boleh diperolehi dengan kekayaan. Baik atau buruk sesuatu perbuatan bergantung kepada sesiapa yang melakukan. Pertembungan antara mereka mencetuskan percaturan; antara kuasa dah undang-undang, antara pengaruh dan kebenaran, antara kesepian dan kasih sayang. Liza, Faridah, Chua Poon Soon, Datin Salmah, Datuk Adnan… terseret untuk membuat perhitungan.

Selasa, 14 Oktober 2014

DIA DI HATIKU-LIANA AFIERA MALIK


DIA DI HATIKU-LIANA AFIERA MALIK
RM25 NOT INC POS
Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas daripada dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali ke pangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permta hatinya terus tertanya-tanya... menimbulkan riak-riak curiga antara mereka...

Ahad, 28 September 2014

GOODBYE DARLING-NASS ALINA NOAH


GOODBYE DARLING-NASS ALINA NOAH
RM18 NOT INC POS
“Alaaah. Cakap ajalah! Bukannya aku kisah pun!” Shrek terus mendesak. “Well… kalau aku nak cari awek, orangnya mesti secantik er… fiona.” Pewitt!! Saat jantung Fiona Blossom berdegup kencang. Honey pula bagai tidak bernafas. Shrek pula semakin tidak sedap duduk. Sekejab hendak kencing, sekejab hendak berak. Taku kalau kekasih Jericho adalah Fiona Blossom. Preeet!!! Akhirnya itu yang keluar dari… “Apa kau ni, Shrek! Pencemaran udara!” “Entah apa-apalah kau ni!” “Entah! Dah patut sangatlah kau jadi Shrek!” “Macam dah lapan tahun tak kentut. Nasib baik tak kentut kat pantai. Mampus semua terumbu karang!”

Sabtu, 3 Mei 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

TIGA WAJAH-LAMIA AIMAL





TIGA WAJAH-LAMIA AIMAL
RM 30 EXC POSTAGE/1ST COVER
QASRINA : Mangsa lelaki yang tidak berpendirian seperti Amir, Ihtisyam dan suaminya, Badrul. Dia terus bangkit dan mara memperjuangkan warisan yang ditingggalkan biarpun permulaanya terpaksa menelan kepahitan dan menahan keperitan. Dia berwawasan dan berani. IHTISYAM : Lelaki berkarisma dan mementingkan karier walaupun terpaksa menikam sahabat sendiri dari belakang. Mencari cinta sejati tanpa menyedari bahawa cinta itu berada di lingkaran hidupnya sejak sekian lama. SAFIRA: Gadis sederhana yang penuh dengan rahsia. Sentaisa dikecewakan oleh cinta. Sedar cinta itu wujud di hatinya tetapi berusaha memadamkannya apabila mengenangkan perbezaan taraf.