Khamis, 25 Disember 2014

BIARLAH RINDU INI BERGUGURAN-AZIRA AHMAD


BIARLAH RINDU INI BERGUGURAN-AZIRA AHMAD
RM18 NOT INC POS
Zaqrul Hakimi tidak pernah mengimpikan kehadiran wanita dalam hidupnya. Dia begitu membenci kaum itu lantaran kaum itulah yang telah memisahkannya daripada abang kandungnya. Kehadiran Nur Addriana makin memarakkan bencinya terhadap wanita…

Selasa, 9 Disember 2014

KASIH VILA CINTA-HAIZA NAJWA



KASIH VILA CINTA-HAIZA NAJWA
RM35 NOT INC POS/RARE COLLECTION
TERATAK KILAU… segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhanan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Jati, Kelam, Fauzan (yang ‘ayu), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.

Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu….