Rabu, 19 Ogos 2015

KASIH BENAR KASIH-ALEYA ANEESA



SMS/WHATSAPP  +60165056776
KASIH BENAR KASIH-ALEYA ANEESA
Rm15 exc pos
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Jumaat, 10 Julai 2015

BIRU UNGU CINTAKU-INTAN ARNIDA




SMS/WHATSAPP +6016 5056776
BIRU UNGU CINTAKU-INTAN ARNIDA
RM15 NOT INC POS
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam.

Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Maruah Syakim semakin tercabar. Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai Prince William di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

Rabu, 8 Julai 2015

KAHWIN DENGAN SAYA-ALEYA ANEESA


SMS/WHATSAPP +60165056776
KAHWIN DENGAN SAYA-ALEYA ANEESA
RM18 NOT INC POS
Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.

Selasa, 30 Jun 2015

CASTLE CINTA DEADAY-INDAH HAIRANI

SMS/WHATSAPP +6016 5056776
CASTLE CINTA DEADAY-INDAH HAIRANI
RM13 NOT INC POS
Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala apatah lagi kehadiran dua lelaki di hati.



AURA CINTA-AINA EMIR




SMS/WHATSAPP +6016 5056776
AURA CINTA-AINA EMIR
RM14 NOT INC POS
Aura Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki melayu yang tegap lagi tinggi bernama Azraai yang melibatkan diri dalam bidang pembikinan filem dokumentari. Dia membuka Syarikat bersama rakan kongsinya, Khairul yang juga merupakan adik iparnya.

Semasa menjalankan pengambaran di salah satu lokasi, dia bertemu dengan Aisya Hanan, anak kepada Cikgu Sally yang mengajar di Pos Betau. Gadis genit yang tinggal di kawasan pedalaman bersama kelompok Orang Asli. Azraai menganggap Aisya adalah seorang gadis yang pelik perangainya. Namun, dalam masa yang sama dia rasa tercabar dengan gadis itu.

Azraai keliru dengan situasi itu. Mindanya sering mengingati Aisya tetapi, dalam pada masa yang sama dia adalah tunangan Nurbaiti, gadis yang cantik lagi bijak. Meskipun, dia tidak mencintai Nurbaiti tetapi Nurbaiti adalah pilihan ibunya dan gadis itu sudah lama taat menantinya. Malah, Nurbaiti juga mempunyai pakej yang lengkap sebagai calon isteri.

Keadaan bertambah rumit bila mengetahui bahawa Cikgu Sally merupakan isteri kedua Johari Adnan iaitu, bapa kepada Khairul. Dan Khairul bertindak memburu Cikgu Sally bagi mendapatkan 'sesuatu' yang didakwa telah dilarikan Cikgu Sally dari keluarganya.

Aisya dan ibunya menyembunyi diri dari dikesan Khairul. Dan Azraai bertindak sebagai 'hero' dengan melindungi Aisya. Dan tanpa diduga Khairul membocorkan rahsia Azraai kepada Aisya. Aisya rasa tertipu dan menyangka Azraai hanya mahu mempermainkannya.

Aisya membawa diri ke Belgium. Kebetulan, dia diundang menjadi pelukis jemputan di galeri milik pelukis Belgium. Di sana dia bertemu Serhan Aydin, seorang pemuda berketurunan Turki yang beragama Islam. Serhan begitu pandai menghiburnya. Namun, bukan senang mengikis nama Azraai yang terpahat kukuh di sanubarinya.

Sekembalinya dari Belgium dia dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapanya sakit kuat dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Azraai datang semula dan memujuknya kembali kepadanya. Namun, ditolak Aisya. Kemudian, Aisya membawa ibunya pulang ke Kampung Merah.

Apakah tindakan Azraai? Adakah dia terus memujuk Aisya untuk bersamanya semula atau pun dia meneruskan sahaja rancangan perkahwinannya dengan Nurbaiti?

Dapatkan jawapaannya di dalam novel 'Aura Cinta'.

TIADA TAJUK-ISMI FA ISMAIL


SMS/WHATSAPP +60165056776
TIADA TAJUK-ISMI FA ISMAIL
RM18 NOT INC POS
Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?
TAK PAYAH.
Kalau nak juga, jangan baca novel ni. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan...
Jangan gusar dengan kulitnya yang kosong. Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.


KEBANGKITAN-ISMI FA ISMAIL


SMS/WHATSAPP +60165056776
KEBANGKITAN-ISMI FA ISMAIL
RM27 FREE POS SM/SS/ BUKU BARU, BKN PRELOVED
Pada zaman purbakala, kepak warna-warni mereka pernah mewarnai angkasa bagaikan bianglala. Sehinggalah Raja Pembunuh Langit mengerahkan tenteranya untuk memburu dan menghapuskan semua penghuni langit di barat dan di timur. Hasilnya untuk sekian lama, alam ini suram tanpa kesaktian mereka. Tapi...

Kepulangan seorang gadis berhati suci ke tanah legenda, telah membangkitkan mereka semula!

Pepohon kelapa menyaksikan gadis itu berlari bagai angin menuju ke persisiran pantai di mana mereka sedang menunggu. Meninggalkan terapan telapak kaki di dalam pasir yang seputih kulitnya. Rambut hitamnya beralun bagai malam dan matanya bercahaya bak bintang. Manakala senyumannya segalak mentari yang terik di angkasa. Pawana di belakang menolak tubuhnya maju, dan awan di atas pula mengiringi langkah gadis itu bagaikan payung yang setia.
Akhirnya. Setelah beribu tahun dia menunggu. KEBANGKITAN mereka sudah tiba. Warna-warna merah, biru dan ungu yang bakal menghiasi langit pasca-milenia. Untuk menyelamatkan dirinya... dan menyelamatkan DUNIA! 


BINTANG HATI-AZILAWATI MAT ANGSAR



SMS/WHATSAPP +60165056776
BINTANG HATI-AZILAWATI MAT ANGSAR
RM13 NOT INC POS
Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta. Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga... Nurul Iman menolah kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu. Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. bintang di hatinya bersinar kembali. Namun kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya.... 

Jumaat, 12 Jun 2015

SISA CINTA KITA-RABIHAH NUR RIDHUAN


SMS 0165056776
SISA CINTA KITA-RABIHAH NUR RIDHUAN
RM 17 NOT INC POS
Cik Nyet? Itulah nama gelaran untuk Qisya sepanjang dia bergelar mahasiswa di UKM. Itu semua adalah angkara Aqif, senior yang sering membuli dan mengenakan Qisha pada minggu orientasi. Namun tanpa sedar perasaan cinta mula berputik dalam diri masing-masing setelah mereka mengenali antara satu sama lain. Demi sebuah cinta Qisha sanggup menjadi anak derhaka. Tetapi kenapa cintanya tidak pernah semanis yang diimpikannya? Malah apa yang tidak dapat dilupakannya hingga akhir hayatnya apabila menyaksikan sendiri bagaimana bapanya di bunuh oleh Aqif, kekasih hatinya. Qisha kelu dan terkedu dengan putaran takdir yang telah dipersembahkan kepadanya. Pembongkaran demi pembongkaran akhirnya melondehkan siapa Aqif yang sebenarnya. Adakah Qisha berjaya keluar dari permainan kotor Aqif atau hidupnya terus bergelumbang dengan derita yang berpanjangan angkara Aqif? Siapakah Arif?

Jumaat, 10 April 2015

KEMELUT DI MUARA RINDU-AFFI DHIYA


SMS 0165056776 ATAU PM Cik As Aishiteru
KEMELUT DI MUARA RINDU-AFFI DHIYA
RM 15 NOT INC POS

Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi membawa diri.

“You tak kisah beritahu siapa you?”

Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.

Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?

Jumaat, 20 Februari 2015

EXISTERE-SINTA YUDISIA


EXISTERE-SINTA YUDISIA
RM29 FREE POS/ NOVEL BARU
Paparan dunia hitam si kupu-kupu malam, Mila, dan si penari, Leena. Dipaparkan juga kemelut yang melanda Ochi, seorang sukarelawan khidmat masyarakat, apabila suaminya sendiri menjalin hubungan dengan Leena. Ikuti kesudahan cinta tiga segi Ochi-Leena-Yassir, selain kisah Mila dan Almaida dalam Existere, yang bukan sahaja memaparkan dunia pelacuran, tetapi juga jalan-jalan yang menjerumuskan wanita dalam dunia hitam itu, antaranya kemiskinan, salah didikan, konflik rumah tangga, dan kekeliruan dalam mencari identiti diri.


Selasa, 17 Februari 2015

ROSES - ILYA ABDULLAH


BERMINAT? sms 0165056776
ROSES - ILYA ABDULLAH
RM50 NOT INC POS/LIMITED EDITION
DZAKRY kecewa, wanita yang dicintai sepenuh hati berkahwin dengan adiknya sendiri. Hari-hari yang dilalui dengan hati yang suram dan Dzakry sudah tidak tahu untuk 'tersenyum'. 

Namun, nota berwarna-warni yang diterima telah mengubah jalur kehidupan suram Dzakry. Dzakry mula menjejak si gadis misteri pemberi nota berwarna-warni.

"Nota kaler itu mewarnai hidupku..."

Rose Lin, gadis bisu yang menyimpan perasaan suka kepada Dzakry. Atas ketidaksempurnaannya, nota menjadi bicara antara dia dan Dzakry. Sikap tidak yakinnya itu memakan diri apabila Rima gadis yang turut menyukai Dzakry mengambil kesempatan.

Rose Lin mula menjauh dan membawa hati. Dzakry kecewa kerana Rose Lin masih mahu berdiam diri dan membiarkan Rima terus-menerus berlakon dihadapannya...

Sekuntum rose merah diselitkan pada nota terakhir buat Dzakry...

Adakah cinta pertama Rose Lin akan terus terpendam?

AWANG VAMPIRO-NIZAM ZAKARIA


AWANG VAMPIRO-NIZAM ZAKARIA
RM35 NOT INC POS/OUT OF PRINT

Siapa kata vampire hanya wujud di dunia Barat sahaja? Buktinya, Awang anak jati negeri Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah bertukar menjadi vampire setelah digigit oleh laksamana perang Portugis bernama Cassius. Awang telah mengembara ke seluruh pelosok dunia dan pulang semula ke tanah air, menyaksikan pembangunan pesat Malaysia tercinta. Bersama sahabat karibnya, Kasturi (yang telah bertukar menjadi orang minyak) mereka harus menyelamatkan umat manusia daripada cengkaman makhluk ganas bernama Daevas. Persoalannya, bolehkah vampire dan orang minyak menyelamatkan umat manusia? Naskhah yang wajib dimiliki untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Khamis, 29 Januari 2015

KOMPILASI ADA CINTA DI MATANYA-ZURAIDAH OTHMAN


KOMPILASI ADA CINTA DI MATANYA-ZURAIDAH OTHMAN
RM30 NOT INC POS
Kehadiran Lugman dalam hidup Fitrah membibitkan dua rasa. Perasaan benci dan rindu berselang-seli menghantui dirinya. Ingin digapai cinta Lugman, nostalgia periuk nasinya dicurahkan pasir bermain-main difikiran. Ingin ditolak cinta itu, Fitrah tidak tahan menanggung rindu. Ke mana haluannya kini dan di mana hatinya ingin letakkan?

BARA CINTA CANBERRA-ILHAM HAMDANI



berminat sms 016 5056776
BARA CINTA CANBERRA-ILHAM HAMDANI
RM16 NOT INC POS
Ikmal Hakimi, seorang bekas pelajar Malaysia yang kematian emaknya dan baru mengalami cinta terhalang. Akhirnya dia yang pernah belajar di Canberra (dan mengulang setahun) kembali semula ke Canberra.

Cerita bermula apabila Ikmal Hakimi bertemu dengan Nia Suraya, bekas kekasihnya yang datang ke Canberra sabagai pegawai diplomatik yang berkursus setahun. Di sinilah bermulanya cinta musim kedua.

Dalam masa yang sama, ada seorang gadis Cina, Melissa Ai Ying Keong, adik teman serumah Ikmal Hakimi yang mearuh perasaannya kepada Ikmal Hakimi. Di sinilah berlakunya konflik.

Selain itu, ada watak tambah Makcik Marwa dan Izzuddin al-Qassam yang telah merubah Ikmal Hakimi. Daripada seorang pemuda bermasalah, yang tidak ada pegangan hidup, yang ibarat lalang, kemudian menjadi seorang yang kuat agama, dan mendekati Tuhan, sesuai dengan nasihat Makcik Marwa, 'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba.'

Nia Suraya yang terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga dia sendiri diculik, dan Melissa pula terus-terusan menawarkan cinta sucinya.